Kunjungan Hormat dari Delegasi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT telah meluangkan masa untuk menerima kunjungan hormat dari delegasi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang diketuai oleh YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohamed Ridza Wahiddin, Naib Canselor USIM di pejabatnya petang tadi.YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT telah meluangkan masa untuk menerima kunjungan hormat dari delegasi Universiti Sains Islam Malaysia  (USIM) yang diketuai oleh YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohamed Ridza Wahiddin, Naib Canselor USIM di pejabatnya petang tadi.

Turut bersama dalam pertemuan tersebut ialah Dr. Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT serta ahli-ahli delegasi dari USIM.

Dalam pertemuan ringkas tersebut, YBhg. Dato' Seri Abdul Razak telah menerima taklimat ringkas berkenaan pelbagai perkara melibatkan pentadbiran, pembangunan dan hal ehwal pelajar serta hala tuju USIM untuk tahun 2022 daripada YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohamed Ridza.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 4196
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 29 Mac 2024, 08:50:00.