Kiosk Food Bank Siswa PKK Ringankan Beban Kos Sara Hidup Pelajar Di Kampus

Kiosk Food Bank Siswa PKK Ringankan Beban Kos Sara Hidup Pelajar Di Kampus

Dalam lawatan kerjanya ke Politeknik Kota Kinabalu (PKK), YBhg Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT turut meluangkan masa menyempurnakan perasmian Kiosk Food Bank Siswa PKK yang dilaksanakan oleh Unit Kebajikan Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKK.

Kiosk ini dibina bagi meringankan beban kos sara hidup pelajar di kampus supaya mereka boleh memberi tumpuan yang lebih baik terhadap pembelajaran dan menjadi pelajar cemerlang.

Kumpulan sasar bagi program food bank ini adalah terdiri dari kalangan pelajar dalam kumpulan B40 dan keutamaan diberi kepada pelajar yang keluarga berpendapatan di bawah RM1000.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 3486
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 06 Disember 2024, 10:19:49.

logo-sirim