Konvo Ke-100 UiTM : YDP Agong Dimasyhur Canselor UiTM, Tengku Ampuan Pahang Terima Ijazah Kehormat Doktor Seni Kreatif

Konvo Ke-100 UiTM : YDP Agong Dimasyhur Canselor UiTM, Tengku Ampuan Pahang Terima Ijazah Kehormat Doktor Seni Kreatif

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim secara rasmi telah dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) bersempena istiadat Konvokesyen ke-100 universiti tersebut pagi tadi.

Watikah pemasyhuran telah disampaikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir.

Pemasyhuran ini mematuhi Seksyen 19A(2) Akta Universiti Teknologi MARA 1976, yang menetapkan peranan Canselor bagi Yang di-Pertuan Agong.

Pada istiadat yang sama, DYMM Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah diperkenan untuk dianugerahi Ijazah Kehormat Doktor Seni Kreatif atas sumbangan dalam seni tekstil dan budaya kebangsaan.

Menurut UiTM, penganugerahan tersebut sebagai penghormatan terhadap dedikasi DYMM Tunku Azizah dalam memartabatkan seni warisan Melayu.

Majlis bersejarah ini turut menyaksikan 10 graduan menerima Ijazah Doktor Falsafah dalam pelbagai bidang sebagai pengiktirafan akademik.

Turut berangkat Pro-Canselor UiTM, DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin.

Hadir sama Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof. Dr. Azlinda Azman; dan Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Tan Sri Dato' Sri Haji Mohd Khamil Jamil. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1136
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 06 Disember 2024, 10:19:49.

logo-sirim