Konvokesyen UPNM Ke-14: YDP Agong Dimasyhur Canselor, 1,266 Bergraduat

Konvokesyen UPNM Ke-14: YDP Agong Dimasyhur Canselor, 1,266 Bergraduat

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah dimasyhur sebagai Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang baharu dalam satu istiadat bersempena Majlis Konvokesyen ke-14 universiti tersebut di ibu negara pagi tadi.

Hadir mengiringi KDYMM YDPA Sultan Ibrahim adalah Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir; dan Menteri Pertahanan, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin.

Pada tahun ini, seramai 1,266 orang pelajar bergraduat di mana 19 orang graduan dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD), 65 orang graduan dianugerahkan Ijazah Sarjana, 889 orang graduan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda dan 293 orang graduan dianugerahkan Diploma dalam pelbagai bidang.

Istiadat Konvokesyen pada kali ini turut diserikan dengan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam bidang Pengajian Strategi dan Pertahanan kepada mantan Panglima Angkatan Tentera ke-19, YM Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor (Bersara).

Selain itu, Istiadat Konvokesyen kali ini juga menganugerahan Hadiah Akademik bagi Tahun 2024 kepada 54 orang graduan Ijazah Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma.

Turut sama menghadiri istiadat pagi tadi, Pro-Pro Canselor UPNM, Ahli-ahli Lembaga Pengarah UPNM, Wakil-wakil Naib-naib Canselor / Rektor Universiti Awam, Panglima Angkatan Tentera, Panglima-Panglima Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 295
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 07 Februari 2025, 10:01:10.

logo-sirim