KPT Agih Bubur Lambur Kepada Warganya

KPT Agih Bubur Lambur Kepada Warganya

Usai urusan di pejabat, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi bersama YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, KSU KPT telah memeriahkan Majlis Agihan Bubur Lambuk yang berlangsung di lobi KPT petang tadi.

Sebanyak 1, 200 bungkus bubur lambuk sumbangan Kementerian, Jabatan Pendidkan Tinggi, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, serta Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi tersebut telah diagihkan kepada semua warga KPT untuk dijadikan juadah sampingan berbuka puasa.

Program yang diadakan untuk mengisi kemeriahan sambutan bulan Ramadan 1444H itu telah dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan KPT, Surau 'Ibadurrahman KPT dan PUSPANITA KPT.

Turut hadir YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, TKSU (Dasar) KPT; YBhg. Datuk Dr. Mohd Zabri Yusoff, TKSU (Pengurusan dan Pembangunan) KPT; dan YBrs. Dr. Haji Mohd. Zahari Ismail, KP JPPKK.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2494
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Selasa 16 April 2024, 08:56:15.