KPT Bentang 24 Pencapaian Utama Tahun 2024

KPT Bentang 24 Pencapaian Utama Tahun 2024

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir telah membentangkan Kad Laporan Pencapaian Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi tahun 2024 dalam satu sidang media di sini petang tadi.

Dalam pembentangannya, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry mengetengahkan 24 pencapaian utama KPT sepanjang tahun 2024.

Kesemua pencapaian tersebut terangkum di bawah lima (5) fokus utama KPT yang telah diumumkan oleh YB Menteri pada Januari lalu iaitu Penyediaan Bakat Terbaik Negara, Pengukuhan Ekosistem Penyelidikan dan Inovasi, Program Perkongsian Ilmu, Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi serta usaha Memperkukuh Ekosistem Pemboleh Daya.

Antara pencapaian bitara KPT ialah penubuhan Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) pertama di Malaysia di Universiti Teknologi Malaysia; penganjuran program International Young Future Leaders Summit (iFUTURE) 2024 yang melibatkan penyertaan pelajar dari 46 buah negara; serta pelancaran program Festival Idea Putrajaya 2024 (Putrajaya FOI) yang berjaya menarik lebih 100,000 pengunjung.

Terdahulu, YB Menteri telah menyampaikan sijil penghargaan kepada individu serta organisasi yang menyumbang kepada kejayaan penganjuran FOI 2024 bulan lalu dalam sebuah Majlis Apresiasi yang telah turut dihadiri para pengurusan tertinggi Kementerian, Jabatan, Agensi, Institut Pendidikan Tinggi awam dan swasta serta rakan-rakan industri.

Pada tahun hadapan, KPT terus komited untuk melaksanakan agenda pendidikan tinggi negara dengan menumpukan kepada pelaksanaan Pelan Pendidikan Tinggi Malaysia 2025-2035, serta menjayakan Kepengerusian ASEAN-Malaysia pada 2025. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 331
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 07 Februari 2025, 01:24:25.

logo-sirim