KPT - DOSM : Perkukuh Kerjasama Strategik Sedia Ada

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Perangkawan Malaysia, YBhg. Dato' Sri Dr. Mohd. Uzir Mahidin pada pagi ini.
Kunjungan hormat tersebut bertujuan bagi memperkukuhkan kerjasama strategik sedia ada di antara KPT dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Turut dibincangkan adalah berkenaan dengan perintegrasian/perkongsian data mikro bagi kajian-kajian berkaitan kebolehpasaran graduan terutama dalam mengenal pasti pembangunan kerjaya graduan selepas memasuki pasaran buruh.
Selain itu, turut dibincangkan berkenaan pembangunan analitik data raya bagi unjuran keperluan penawaran dan permintaan untuk memudahkan pihak KPT merancang bilangan graduan yang diperlukan industri dan seterusnya memenuhi keperluan tenaga buruh negara.
Semoga dengan kerjasama dan hubungan strategik ini dapat memantapkan pengurusan dan analisis data pendidikan tinggi yang akan menyumbang kepada pembuat keputusan berpacukan data terutama dalam era pendigitalan dan kecerdasan buatan (AI).
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 123