KPT Dukung Usaha IPTA Bentuk Generasi Lestari Melalui Program Kemasyarakatan Di Sabah

Komitmen Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam memastikan pendidikan tinggi mendampingi rakyat terus dizahirkan menerusi penglibatan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dalam program komuniti berskala besar seperti Kembara Lestari UMPSA 3.0 yang berlangsung di Kota Belud, Sabah.
Program anjuran Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) itu melibatkan 43 mahasiswa dan 10 staf yang tinggal bersama keluarga angkat tempatan selama seminggu, bersama penglibatan pelajar dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) bagi menyelami budaya serta realiti kehidupan masyarakat luar bandar.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, yang menyifatkan program seperti ini selaras dengan hasrat KPT untuk menjadikan IPTA sebagai ejen pemerkasaan komuniti dan pembangunan lestari.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 68