KPT Erat Hubungan Sedia Ada Dengan Qatar

KPT Erat Hubungan Sedia Ada Dengan Qatar

YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi telah menerima kunjungan hormat TYT Salah Mohammed Al-Sorour, Duta Besar Qatar ke Malaysia di pejabatnya petang tadi.

Pertemuan tersebut bertujuan untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala serta kerjasama strategik antara kedua-dua negara yang sedia terjalin dalam sektor pendidikan tinggi.

Dalam pertemuan itu, Malaysia-Qatar telah membincangkan peluang kerjasama baharu antara Malaysia dan Qatar termasuk meneroka peluang-peluang penyelidikan di antara universiti dan program kepimpinan.

Turut hadir bersama dalam sesi pertemuan ini ialah YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, KSU KPT dan YBhg. Datin Noorazah Omar, SUB, Bahagian Hubungan Antarabangsa KPT.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2327