KPT Memartabatkan Bahasa Melayu Di IPT

KPT Memartabatkan Bahasa Melayu Di IPT

KPT sentiasa memberikan sokongan penuh terhadap segala usaha dan inisiatif yang dijalankan di pelbagai peringkat dalam memartabatkan Bahasa Melayu, terutamanya di IPT dan usaha ini tidak terhad kepada penguatkuasaan Akta Bahasa Kebangsaan.

YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi mengulas demikian ketika ditanya mengenai sejauh mana Kementerian bersetuju menguatkuasakan Akta Bahasa Kebangsaan di IPT terutama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pada sesi pertanyaan lisan dalam Dewan Rakyat Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua Parlimen Ke-15 pada pagi ini.

Menurutnya lagi, empat objektif utama telah digariskan di bawah Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu di IPTA 2023 – 2030 (PTMBM) iaitu:
i) membudayakan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu;
ii) menghasilkan graduan yang berketerampilan dalam Bahasa Melayu;
iii) merealisasikan Bahasa Melayu sebagai wadah pembangunan negara; dan
iv) memperkukuh peranan Bahasa Melayu sebagai sumber rujukan setanding dengan bahasa asing.

Kredit foto : Jabatan Penerangan Malaysia

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 3505
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 30 Oktober 2024, 10:30:11.

logo-sirim