KPT, MKN Perkukuh Kerjasama Hal Ehwal Keselamatan Berkaitan Program Mobiliti Pelajar Antarabangsa Di Universiti Awam

Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Datuk Dr. Anesee bin Ibrahim telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri (JPM), YM Raja Dato' Nushirwan bin Zainal Abidin pada petang tadi.
Pertemuan ini membincangkan isu hal ehwal antarabangsa berkaitan pelaksanaan Program Mobiliti Penempatan Pelajar Antarabangsa di Universiti Awam. Turut dibincangkan terutamanya berkaitan aspek keselamatan, kawalan kemasukan, pemantauan pergerakan dan pematuhan kepada dasar keselamatan negara.
Penyelarasan bersama MKN adalah penting bagi memastikan pelaksanaan program yang lebih teratur, mematuhi garis panduan keselamatan serta tidak menjejaskan kepentingan keselamatan negara.
Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, Dato’ Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, YBhg. Datuk Mohamad Azhan Md Amir; dan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof. Dr. Azlinda Azman.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 160