KPT Perkukuh Diplomasi Pendidikan Antarabangsa Melalui Penganugerahan Ijazah Kehormat Kepada TYT Presiden Maldives

KPT Perkukuh Diplomasi Pendidikan Antarabangsa Melalui Penganugerahan Ijazah Kehormat Kepada TYT Presiden Maldives

Ketua Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan mengurniakan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam Kepimpinan Islam dan Pembangunan Madani kepada Tuan Yang Terutama (TYT) Presiden Republik Maldives, Dr. Mohamed Muizzu dalam satu Istiadat Konvokesyen Khas yang berlangsung di sini semalam.

Penganugerahan ini merupakan satu penghormatan tertinggi atas kepimpinan cemerlang TYT Dr. Mohamed Muizzu dalam memacu pembangunan negara Maldives berteraskan nilai-nilai Islam dan prinsip MADANI, serta memperlihatkan komitmen Malaysia, khususnya melalui Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), dalam memperkukuh jaringan kerjasama pendidikan tinggi antarabangsa berasaskan pembangunan modal insan yang berpaksikan ilmu dan hikmah.

Istiadat penuh istimewa ini turut mencerminkan hubungan strategik dan akrab yang terjalin antara Malaysia dan Maldives dalam bidang pendidikan tinggi, dengan UIAM memainkan peranan penting sejak awal tahun 1990-an sebagai destinasi pilihan pelajar Maldives, melahirkan lebih 380 orang alumni yang kini berbakti dalam pelbagai sektor utama negara mereka.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 62
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 15 Mei 2025, 10:21:07.

logo-sirim