KPT Pertingkat Hubungan Erat Dengan EU

KPT Pertingkat Hubungan Erat Dengan EU

YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi telah menerima kunjungan hormat TYT Michalis Rokas, Duta Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia di pejabatnya petang tadi.

Pertemuan kedua-dua pihak tersebut bertujuan untuk mengukuhkan lagi hubungan bilateral serta kerjasama strategik antara kedua pihak yang telah terbina terutamanya melibatkan sektor pendidikan tinggi.

Dalam pertemuan itu, Malaysia-EU telah membincangkan mengenai peluang untuk meningkatkan bilangan para pelajar dan pengajar Malaysia di benua tersebut melalui program mobiliti, selain prospek IPT Malaysia menjalankan kerjasama dalam pelbagai bidang bersama universiti-universiti terkemuka di sana.

Turut sama YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, KSU KPT dan YBhg. Datin Noorazah Omar, SUB, Bahagian Hubungan Antarabangsa KPT.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2537
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Selasa 23 April 2024, 10:59:17.