KPT Salur Bantuan & Arah IPT Laksana Kelas Fleksibel Untuk Pelajar Terjejas

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tampil proaktif membantu pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang terkesan akibat tragedi kebakaran saluran paip gas di Putra Heights dengan mengambil pendekatan menyeluruh meliputi bantuan kewangan, fleksibiliti akademik dan sokongan psikososial.
Menerusi Yayasan Perkasa Siswa (YPS) dan Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), KPT menyalurkan bantuan kewangan berjumlah RM2,000 kepada setiap pelajar IPT yang terlibat bagi membantu mereka menampung kerugian peranti seperti komputer riba, tablet dan bahan akademik lain yang musnah dalam insiden itu.
Sehingga jam 2.30 petang ini, seramai 85 pelajar daripada Universiti Awam (UA), Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS), Politeknik dan Kolej Komuniti telah dikenal pasti dan menerima bantuan, sama ada secara terus ke akaun bank atau disampaikan secara tunai kepada pelajar yang kehilangan MyKad dan kad bank.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 402