KPT Sasar Pendigitalan Secara Total Dalam Semua Aspek

KPT Sasar Pendigitalan Secara Total Dalam Semua Aspek

“Selaras dengan aspirasi YB Menteri Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan memfokuskan pendigitalan secara total dalam semua aspek termasuk aspek pengurusan, pendidikan, pembelajaran dan perkhidmatan.”

“Dalam hal ini, KPT memberi keutamaan kepada projek-projek yang terlibat dalam usaha pendigitalan ini. KPT turut menjangkakan akan banyak inisiatif ICT yang akan dilaksanakan bagi mencapai hasrat ini” kata YBhg. Datuk Dr. Mohd Zabri bin Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) merangkap Ketua Pegawai Digital KPT (Chief Digital Officer - CDO KPT)semasa ucapan Majlis Perasmian Penutupan Bengkel Pengurusan Projek ICT Peringkat KPT semalam.

Bengkel yang telah diadakan pada 14 - 17 Mei 2023 di Kuala Lumpur ini merupakan antara langkah KPT untuk membantu meningkatkan keberkesanan pemantauan pelaksanaan projek ICT di KPT dan juga agensi di bawahnya.

Di samping itu, para peserta bengkel turut diberikan pemahaman yang lebih jelas berhubung dengan pengurusan projek ICT berpandukan PPrISA yang digariskan oleh MAMPU.

Bengkel ini dihadiri oleh kira-kira 40 orang peserta yang terdiri daripada pengurus-pengurus projek dan Ahli Jawatankuasa Teknikal peringkat agensi di Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) dan universiti awam.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 3133
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 11 Oktober 2024, 07:37:56.

logo-sirim