KPT Seiring Dengan Pendirian Kerajaan Mengenai Kerjasama Bersama Bank Dunia Dalam Usaha Pembangunan Modal Insan

Ketua Setiausaha (KSU), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Bank Dunia yang diketuai oleh Dr. Wempi Saputra, Pengarah Eksekutif Bank Dunia bagi Kumpulan Asia Tenggara (World Bank SEAVG) pada petang ini.
Kedua-dua pihak telah bertukar pandangan mengenai kerjasama potensi kerjasama yang boleh dibentuk bagi mewujudkan peluang untuk lebih memahami pendekatan dan dinamik pembangunan bakat oleh Kerajaan Malaysia serta meneroka bagaimana Bank Dunia melalui SEAVG dapat menyumbang dalam menyokong usaha-usaha tersebut.
Dato’ Seri Ir. Dr. KSU juga telah memaklumkan bahawa pelbagai inisiatif dan insentif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia melalui KPT dalam usaha Pembangunan Modal Insan bagi melahirkan tenaga kerja yang berpengetahuan, inovatif serta memperkasa usaha Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi. Antara usaha yang dilaksanakan melalui KPT ialah menerusi pengenalan Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi; Inisiatif Geran Padanan dan Kolaborasi bersama Pihak Industri; Pemerkasaan TVET; Program Biasiswa dan Bantuan Kewangan Pendidikan Tinggi; Inisiatif Universiti Penyelidikan; Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi; Pembangunan Skil Digital dan IR4.0; Pengenalan dan Pelaksanaan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat; serta Kerjasama dan Program Pertukaran Antarabangsa.
Antara inisiatif yang menjadi tumpuan kedua-dua pihak juga adalah usaha pembangunan modal insan dalam bidang “Planetary Health” dan Program Pembangunan Kepimpinan yang dilaksanakan oleh Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT).
Kunjungan hormat ini turut disertai oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian; Pengarah AKEPT, Prof. Dr. Harshita Aini Haroon.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 220