KPT Sokong Usaha UIAM Lahir Usahawan Siswa Melalui Ihsan Hub

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyambut baik pelancaran Ihsan Hub, inisiatif oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang memberi peluang kepada pelajar, khususnya daripada kelompok B40, untuk berdikari melalui penyertaan dalam aktiviti keusahawanan sosial.
Inisiatif ini juga selaras dengan prinsip nilai-nilai Malaysia MADANI yang menekankan kesejahteraan, tanggungjawab sosial dan pembangunan insan secara holistik.
Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud di kampus utama UIAM semalam, yang turut menyampaikan sumbangan zakat kepada pelajar-pelajar terpilih.
Ihsan Hub merupakan platform keusahawanan siswa komprehensif yang menggabungkan keterjaminan makanan pelajar dengan latihan patuh syariah, di samping memupuk nilai ihsan dan tanggungjawab dalam kalangan peserta. Sebagai permulaan, seramai 200 pelajar B40 dikenal pasti sebagai penerima manfaat menerusi peruntukan khas zakat daripada tabung endowmen UIAM.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 149