KPT Tubuh Jawatankuasa Semak Dan Kaji Dasar Pendidikan Tinggi Negara

KPT Tubuh Jawatankuasa Semak Dan Kaji Dasar Pendidikan Tinggi Negara

Ekosistem pendidikan tinggi negara perlu mendapat nafas baharu supaya sektor ini mampu dipacu dengan lebih progresif dalam memenuhi aspirasi yang telah digariskan oleh Kerajaan melalui kerangka Malaysia MADANI.

Untuk itu, semua dasar pendidikan tinggi negara yang telah menjadi panduan dan hala tuju selama ini perlu disemak dan dikaji dalam memastikan ia kekal relevan dan signifikan selari dengan perubahan pengetahuan, teknologi dan pasaran semasa.

YB. Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Menyemak dan Mengkaji Semula Dasar Pendidikan Tinggi Nasional kali pertama yang telah diadakan di KPT pagi tadi.

Jawatankuasa tersebut dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Sri Idris Jala, Ketua Pegawai Eksekutif PEMANDU Associates dan dianggotai oleh pakar-pakar akademia tempatan juga antarabangsa serta pengurusan tertinggi daripada Kementerian sendiri.

YB Menteri turut berharap agar dapatan oleh jawatankuasa ini kelak dapat memberi saranan penambahbaikan kepada Kementerian dalam memastikan 11 azam, fokus dan tekad yang telah beliau kongsikan Januari lalu dapat direalisasikan.

Hadir sama YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, KSU KPT; YBhg. Dato' Dr. Megat Sany Megat Ahmad Supian, TKSU (Dasar) KPT; dan YBhg. Datuk Dr. Mohd Zabri Yusoff, TKSU (Pengurusan dan Pembangunan) KPT.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 4087
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 03 Oktober 2024, 04:17:23.

logo-sirim