KPT - Uzbekistan Perkukuh Hubungan Kerjasama Dua Hala Dalam Bidang Pendidikan Tinggi

KPT - Uzbekistan Perkukuh Hubungan Kerjasama Dua Hala Dalam Bidang Pendidikan Tinggi

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud telah menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Republik Uzbekistan ke Malaysia, TYT Karomidin Gadoe pada petang ini.

Antara topik yang dibincangkan adalah status terkini draf Memorandum Persefahaman (MoU) dalam bidang pendidikan tinggi, Forum Pendidikan Tinggi antara Malaysia - Uzbekistan yang akan diadakan pada 4 Februari 2025 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan status terkini penubuhan Konsortium Pendidikan Tinggi Malaysia - Uzbekistan (MUHEC).

Kunjungan hormat ini turut disertai oleh Setiausaha Bahagian, Bahagian Hubungan Antarabangsa, KPT, YBhg. Datin Noorazah Omar; Pengarah Bahagian Kecemerlangan Akademik, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), YBrs. Prof. Madya Dr. Azidah Abu Ziden; dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), UPSI, YBrs. Prof. Dr. Abdul Rahim Razalli. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 176
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 07 Februari 2025, 01:24:25.

logo-sirim