KSU Berbuka Bersama Ahli Persatuan PTD

KSU Berbuka Bersama Ahli Persatuan PTD

YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi telah berbesar hati menghadiri Majlis Iftar anjuran Persatuan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PPTD) semalam.

Majlis yang diadakan di pekarangan Menara KPT dan MOTAC tersebut telah diadakan bagi meraikan kehadiran Ramadan serta merapatkan lagi hubungan sesama ahli PPTD.

Presiden PPTD, YBhg. Datuk Seri Isham Ishak turut hadir bersama beberapa KSU dari kementerian yang lain.

Selepas berbuka, kesemua yang hadir telah menunaikan solat maghrib, isyak dan terawih berjemaah.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1747
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 25 April 2024, 18:19:27.