KSU Berbuka Bersama Warga JPPKK

KSU Berbuka Bersama Warga JPPKK

YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan (KPT) telah meluangkan masa untuk berbuka puasa dan beramah mesra bersama warga Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) petang tadi.

Majlis yang diadakan bagi meraikan kemuliaan Ramadan ini telah diisi dengan pelbagai aktiviti, antaranya ceramah kerohanian yang telah disampaikan oleh penceramah bebas, Al-Fadhil Ustaz Mohd Basri Che Harun.

Selain itu, YBhg. Dato' Seri KSU yang diiringi oleh YBrs. Dr. Haji Mohd Zahari Ismail, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti turut menyampaikan watikah kenaikan pangkat (TBK) kepada 19 orang warga JPPKK.

Beliau juga menyampaikan sumbangan Aidilfitri 2023 tajaan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) kepada 33 orang kakitangan JPPKK yang terdiri daripada pembantu operasi dan pemandu kenderaan.

Hadir sama ialah YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, TKSU (Dasar), KPT; YBhg. Datuk Dr. Mohd Zabri Yusoff, TKSU (Pengurusan dan Pembangunan), KPT; dan para pengurusan tertinggi JPPKK.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2414
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 24 April 2024, 16:08:46.