KSU Hadir Majlis Santapan Malam Simposium Tekstil Tradisional Asean Ke-8

KSU Hadir Majlis Santapan Malam Simposium Tekstil Tradisional Asean Ke-8

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke majlis santapan malam sempena Simposium Tekstil Tradisional ASEAN ke-8 di Istana Negara malam tadi.

YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT bersama beberapa rakan sejawat beliau turut hadir ke majlis yang diadakan bagi meraikan para delegasi dan peserta simposium tersebut.

Kira-kira 500 jemputan yang terdiri daripada para duta asing, penggiat seni tekstil, artisan dan penenun dari seluruh Malaysia, ASEAN dan rantau lain telah menghadiri majlis santapan malam tadi.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1970
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 April 2024, 16:56:01.