KSU KPT Adakan Lawatan Penandaarasan Di Asia Pacific University Of Technology And Innovation (APU)

KSU KPT Adakan Lawatan Penandaarasan Di Asia Pacific University Of Technology And Innovation (APU)

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang mengadakan sesi lawatan penandaarasan di Asia Pacific University of Technology and Innovation (APU) pagi tadi.

Lawatan ini diadakan sebagai platform perkongsian antara Institusi Pendidikan Tinggi Swasta dan Universiti Awam.

Turut dibincangkan semasa sesi lawatan isu-isu semasa berkaitan sektor pendidikan tinggi di Malaysia, antaranya kemudahan pengajaran dan pembelajaran, bidang dan tempoh kursus pengajian, kebolehpasaran graduan, aktiviti pelajar dan penglibatan serta kerjasama industri secara aktif termasuk dalam pembangunan kurikulum.

Turut hadir dalam sesi lawatan penandaarasan ini adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian; pegawai kanan Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT); dan wakil-wakil Universiti Awam.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 162
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 07 Februari 2025, 10:01:10.

logo-sirim