KSU KPT Dilantik Sebagai Timbalan Pengerusi Ahli Lembaga Gabenor UIAM

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Dr. Anesee Ibrahim, telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Ahli Lembaga Gabenor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), berkuat kuasa 10 Mac 2025 hingga 7 Mei 2026.
Pelantikan ini adalah bagi menggantikan Datuk Seri Dr. Zaini Ujang yang telah bersara wajib pada 3 Mac lalu.
Datuk Dr. Anesee memulakan tugas rasmi beliau hari ini menerusi penyertaan dalam Mesyuarat Lembaga Gabenor yang dihadiri oleh barisan Ahli Lembaga, termasuk para duta asing ke Malaysia dari negara seperti Türkiye, Maldives, Bangladesh, Libya, Pakistan, Arab Saudi dan Mesir.
Dengan pengalaman luas beliau dalam bidang pentadbiran awam dan sektor pendidikan, pelantikan ini diyakini mampu memperkukuh lagi usaha pembangunan pendidikan tinggi negara, khususnya di UIAM.
Ini sejajar dengan aspirasi kerajaan MADANI untuk memastikan sistem pendidikan tinggi yang berkualiti, inklusif dan berdaya saing di peringkat global.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 77