KSU KPT Hadir Program Interaksi Inspirasi Bersama Kadet PTD Dirasmikan Tan Sri KPPA

KSU KPT Hadir Program Interaksi Inspirasi Bersama Kadet PTD Dirasmikan Tan Sri KPPA

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, YBhg. Datuk Dr. Anesee Ibrahim telah menghadiri Program Interaksi Inspirasi anjuran Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD), Program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Tahun 2024/2025 semalam.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Haji Abdul Aziz turun menyempurnakan program dan menyampaikan ucaptamanya dengan berkongsi pandangan serta hala tuju perkhidmatan awam kepada para Kadet PTD.

Program ini menghimpunkan seramai 119 orang kadet yang sedang mengikuti Program DPA di INTAN. Ia turut bertujuan memperkenalkan para kadet kepada struktur dan fungsi pentadbiran Kerajaan di peringkat persekutuan selain memberi ruang kepada mereka membina jaringan profesional bersama barisan kepimpinan tertinggi sektor awam.

Antara pengisian utama ialah sesi interaktif dan ramah mesra antara Kadet PTD dan Ketua-ketua Setiausaha Kementerian, yang berlangsung dalam suasana santai dan terbuka.

Program ini juga menjadi medan penting dalam memberi pendedahan awal kepada generasi pelapis PTD mengenai harapan dan cabaran sebenar dalam perkhidmatan awam.

Hadir sama Pengarah INTAN, Datuk Dr. Mohd Zabri Yusoff.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 342
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Selasa 24 Jun 2025, 02:53:17.

logo-sirim