KSU KPT Merasmikan Pusat Keusahawanan Kolej Komuniti Tawau Dan Lawatan Kerja Ke KKTS

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Datuk Dr. Anesee bin Ibrahim hadir ke Kolej Komuniti Tawau Sabah (KKTS) bagi merasmikan Pusat Keusahawanan Kolej Keusahawanan dan lawatan kerja di sini pagi tadi.
Pusat keusahawanan KKTS ditubuhkan untuk membangun dan memupuk budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar-pelajar Kolej Komuniti Tawau serta menyediakan platform bimbingan dan mentor kepada pelajar dan alumni KKTS yang berminat memulakan perniagaan.
Penubuhan Kolej Komuniti ini juga memainkan peranan penting dalam memupuk semangat keusahawanan dan menyediakan peluang kepada individu khususnya pelajar untuk mencipta pekerjaan sendiri.
Dengan menyediakan pendidikan dan latihan yang relevan, institusi ini membantu mengurangkan kebergantungan kepada pekerjaan bergaji dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
Dalam pada itu, YBhg. Datuk Dr. KSU turut berkesempatan melihat dan menyantuni peserta yang mengikuti kursus pendek Sweden Signature – Swedish Meatball, Program Khas IPT TVET TAHFIZ: Kursus Seni Laser serta Program Khas Pengupayaan Bakat Komuniti: Kursus Penyelenggaraan Kenderaan Ringan yang dijalankan serentak di KK Tawau.
Selain itu, YBhg. Datuk Dr. KSU dalam ucapan beliau berkata kemudahan yang disediakan serta program-program yang ditawarkan di KK Tawau amat bermanfaat kepada kepada pelajar terutamanya dalam mamperkasa komuniti melalui program TVET yang berkualiti dan pembelajaran sepanjang hayat.
Hadir sama, Pengarah Politeknik Tawau, Encik Mohd Sahran @Awang Mohidin, Pengarah Kolej Komuniti Tawau, Ts Md Syadiqin Awang Adi @Jumaat, Pegawai-pegawai kanan Politeknik dan Kolej Komuniti.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 180