KSU KPT Sampaikan Syarahan Perdana - Japanese Ecosophy: 10 Lesson On Innovation
Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang menyampaikan syarahan perdana bersempena Majlis Perasmian Malaysia-Japan Industrial & Innovation Expo (MJIIX2024) yang diadakan di Residensi UTMKL di sini hari ini.
Majlis sama yang turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, YB Timbalan Menteri Pendidikan yang diiringi Timbalan Ketua Perwakilan, Kedutaan Jepun di Malaysia, Mr. Atsushi Karimata (mewakili TYT Takahashi Katsuhiko, Duta Jepun Ke Malaysia), Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Ts Ahmad Fauzi Ismail dan pemain-pemain industri.
Berkongsi mengenai hasil karya YBhg. KSU sendiri, beliau berkongsi pemahamannya tentang ciri dan komponen pemikiran dan gaya hidup Jepun yang berkaitan dengan alam semula jadi, alam sekitar dan amalan hijau melalui pengalaman hidup sebagai pengembara yang kerap ke Jepun, dan sebagai seorang sarjana terkemuka yang mempunyai minat khusus dalam air dan kelestarian alam sekitar.
Menyentuh falsafah dan pandangan hidup terhadap alam dan ekosistem di Jepun, KSU turut mengulas berhubung prinsip dan konsep Kami, Kaizen (Pembaikan Berterusan), Ikigai, Wa (Harmoni) dan Mottanai akan lebih difahami dengan disiplin yang tinggi terhadap kebersihan serta pemeliharaan sungai.
“Prinsip-prinsip tersebut antara lain telah menyebabkan Jepun mampu bangkit dengan pantas selepas diledakkan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki, lalu seterusnya menjadi antara kuasa besar dunia dalam teknologi dan ekonomi.
Begitu juga dengan perspektif nilai, sikap dan tingkahlaku. Mottainai iaitu nilai, Wa itu sikap manakala Kaizen dan Ikigai itu tingkah laku. Ia bersepadu membentuk ekosofi Jepun yang mendasari kemajuan Jepun dalam pendidikan, teknologi dan ekonomi”, tambah beliau.
Menurut KSU lagi, Malaysia sewajarnya mengambil contoh dan iktibar daripada kuasa besar negara Matahari Terbit ini seperti amalan Kaizen yang diterap dalam semua organisasi dan sektor di Jepun.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 769