KSU KPT Umum Dana Tambahan RM50 Ribu Baik Pulih Dan Selenggara Fasiliti Usang Politeknik Kota Kinabalu

KSU KPT Umum Dana Tambahan RM50 Ribu Baik Pulih Dan Selenggara Fasiliti Usang Politeknik Kota Kinabalu

Usai perkongsian sesi town hall, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang meneruskan lawatan projek pembaikan dan penggantian struktur bangunan Politeknik Kota Kinabalu.

Diiringi Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, Mohamad Azhan Md. Amir dan Ketua Pengarah JPPKK, Dr. Haji Mohd Zahari Ismail, YBhg. KSU dibawa meninjau sistem perparitan dan bangunan yang mengalami kerosakan akibat gegaran gempa bumi di Ranau, Sabah serta pembinaan dataran kokurikulum pelajar di atas tapak Core Fasiliti B. Dalam pada itu, KSU juga turut mencadangkan agar beberapa kerja-kerja naiktaraf diangkat di bawah peruntukan pembangunan di bawah RMKe-13 bagi menyediakan infrastruktur yang lebih baik kepada semua warga.

Terdahulu, YBhg. KSU KPT telah mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM50 ribu kepada Politeknik Kota Kinabalu melalui peruntukan sedia ada di bawah JPPKK bagi baik pulih dan selenggara fasiliti usang dalam ucapan penutupnya semasa sesi town hall Kajian Pembangunan Rang Undang-undang Politeknik dan Kolej Komuniti pagi tadi.

Keseluruhan dana projek baik pulih yang diperuntukkan kepada Politeknik dan Kolej Komuniti zon Sabah di bawah peruntukan fasilti usang ialah RM4.09 juta dan kesemua projek melibatkan tiga Politeknik dan lima Kolej Komuniti dijangka siap pada November 2024. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 825
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 30 Oktober 2024, 10:30:11.

logo-sirim