KSU Menerima Kunjungan Hormat Dari USIM Dan UCSI

KSU Menerima Kunjungan Hormat Dari USIM Dan UCSI

YBhg. Dato' Sri Abdul Razak Jaafar, KSU KPT telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi USIM dan UCSI di pejabatnya petang tadi.

Delegasi dari USIM diketuai Naib Canselornya iaitu YBhg. Prof Dato' Dr Mohamed Ridza Wahiddin, manakala UCSI pula diketuai oleh YBhg. Prof. Datuk Ir. Ts. Dr. Siti Hamisah Tapsir, CEO Kumpulan UCSI merangkap Naib Canselor UCSI.

Dalam kunjungan tersebut, KSU telah membincangkan kerjasama strategik antara USIM dan UCSI bagi meningkatkan kualiti sektor pendidikan tinggi melibatkan kesihatan awam.

Turut hadir ialah Tuan Haji Kamaruzaman Mahmood, Setiausaha Bahagian Kewangan KPT, Azlinda Azman, Setiausaha Bahagian Pembangunan, KPT, Dr. Wan Baharudin Wan Mahmood, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Inspektorat, JPT, dan Ahmad Rizal Adnan, Pengarah, Bahagian Governan IPTA, JPT.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5205
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 18 April 2024, 14:41:25.