KSU menerima Kunjungan Hormat daripada Duta Qatar ke Malaysia

YBhg. Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi telah menerima kunjungan hormat daripada Duta Qatar ke Malaysia, TYT Fahd Mohammed Kafoud secara virtual di pejabatnya pada hari ini.

Sesi perjumpaan ini adalah bagi menyempurnakan hasrat Kedutaan Qatar untuk mendermakan sejumlah 5400 buah naskah bahan ilmiah Islam kepada empat buah Universiti Awam (UA) yang dipilih iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Sesi tersebut turut disertai oleh Dr Mohd. Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT dan Datin Noorazah Omar, Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa, KPT

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 6594
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 25 April 2024, 08:27:18.