KSU Menerima Kunjungan Hormat daripada TYT Oka Hiroshi, Duta Besar Jepun ke Malaysia

YBhg. Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha, Kementerian Pengajian Tinggi telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Oka Hiroshi, Duta Besar Jepun ke Malaysia di pejabatnya hari ini.

Kunjungan hormat ini adalah bertujuan untuk membincangkan kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi antara Kerajaan Malaysia dan Jepun khususnya berhubung inisiatif penubuhan kampus cawangan Universiti Tsukuba di Malaysia.

Sesi kunjungan hormat ini turut dihadiri oleh YBrs. Dr. Mohd. Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar); YBhg. Prof. Dato' Dr. Husaini bin Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi; YBhg. Datin Noorazah binti Omar, Setiausaha Bahagian, Bahagian Hubungan Antarabangsa; serta YBrs. Puan Jamaliah binti Ahmad, Pengarah Bahagian Kompetensi dan Peningkatan Kerjaya, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 6513

Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 27 Mac 2024, 16:20:33.