KSU Pengerusikan Mesyuarat Pemantauan Projek Asrama PFI Politeknik Bil 2/2024 Dan Buat Lawatan Kerja Ke Asrama Pelajar Politeknik Banting

KSU Pengerusikan Mesyuarat Pemantauan Projek Asrama PFI Politeknik Bil 2/2024 Dan Buat Lawatan Kerja Ke Asrama Pelajar Politeknik Banting

Politeknik Banting Selangor menerima lawatan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang ke Asrama PFI Politeknik Banting bagi melihat keadaan semasa Asrama PFI PBS yang boleh menempatkan 1500 orang . Di kesempatan itu, beliau turut meninjau kerja-kerja yang sedang dijalankan di asrama PBS dan beramah mesra dengan para pelajar dan kakitangan di PBS.

Selepas lawatan tersebut, Ketua Setiausaha KPT mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Projek (PMC) melibatkan 7 buah Asrama Politeknik melalui kaedah inisiatif pembiayaan swasta (PFI) Bil 2/2024.

Mesyuarat tersebut diadakan bagi memeriksa kemajuan projek-projek seperti penggantian aset, naiktaraf dan penukaran fungsi ruang asrama di bawah pentadbiran Jabatan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) yang dilaksanakan secara Private Finance Initiative (PFI).

Turut sama Ts. Kamaludin bin Daud, Timbalan Ketua Pengarah (Governan) dan Ts. Ibrahim bin Burhan, Politeknik Banting dan Pengarah-pengarah dari Politeknik yang mempunyai Asrama PFI. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1099
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 12 Februari 2025, 10:29:14.

logo-sirim