KSU Pengerusikan Mesyuarat Pembentangan PPTM 2025-2035, Disertai TKSU (Dasar) Kementerian, TKP Perkhidmatan Awam

KSU Pengerusikan Mesyuarat Pembentangan PPTM 2025-2035, Disertai TKSU (Dasar) Kementerian, TKP Perkhidmatan Awam

Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang telah mempengerusikan Mesyuarat pembentangan Pelan Pendidikan Tinggi Malaysia (PPTM) 2025-2035 pada Rabu.

Mesyuarat ini bertujuan untuk memberi taklimat kepada semua Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian serta Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Jabatan Perkhidmatan Awam mengenai PPTM.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh pegawai-pegawai tinggi dari pelbagai Kementerian dan jabatan termasuk YBhg. Datuk Dr. Anesee bin Ibrahim, TKPPA (Pembangunan), JPA serta Timbalan Ketua Setiausaha daripada kementerian seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Kementerian Komunikasi, Kementerian Perpaduan Negara dan Kementerian Digital.

Pembentangan PPTM ini diadakan bagi mendapatkan sokongan dan komitmen awal daripada semua Kementerian bagi pelaksanaaan pelan ini nanti, selain memupuk pendekatan ‘whole government approach’ dalam usaha pembentukan bakat negara yang terbaik dan holistik.

KPT kini dalam fasa akhir untuk melancarkan PPTM 2025-2035 bagi tempoh sedekad akan datang bagi menggantikan pelan sedia ada yang berakhir hujung tahun ini. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 178
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Isnin 24 Mac 2025, 04:31:56.

logo-sirim