KSU Temui Pegawai Tadbir Diplomatik KPT

KSU Temui Pegawai Tadbir Diplomatik KPT

YBhg Datuk Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT hari ini telah mengadakan sesi perjumpaan bersama Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) KPT di sini.

Sesi ini dihadiri oleh seramai 104 orang PTD Gred M41 & M44 di KPT, JPT, JPPKK dan AKEPT.

Pertemuan ini diadakan bagi bertujuan untuk mengetahui halatuju perkhidmatan awam di bawah Keluarga Malaysia serta memberikan peluang berinteraksi secara terus dengan YBhg. Dato’ Seri KSU dan menyingkap pengalaman berharga beliau dalam mendepani pelbagai isu.

Turut hadir YBhg Dato’ Dr. Megat Sany Megat Ahmad Sufian, TKSU (Dasar) dan YBrs. Dr. Mohd Zabry Yusoff, TKSU (Pengurusan dan Pembangunan).

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 3389
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 27 Mac 2024, 16:20:33.