KSU TINJAU KEROSAKAN TEBING KOLAM TADAHAN PUSAT ASASI UIAM GAMBANG

KSU TINJAU KEROSAKAN TEBING KOLAM TADAHAN PUSAT ASASI UIAM GAMBANG

Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang juga merupakan ahli Lembaga Pengarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang pagi tadi berada di Gambang bagi meninjau keadaan kolam tadahan Pusat Asasi UIAM (Centre for Foundation Studies - CFS UIAM).

Kolam tadahan yang merupakan sebahagian daripada pakej pembangunan kampus tersebut dilaporkan mengalami kerosakan dan runtuhan tebing di beberapa kawasan perimeternya.

Sebelum dibawa melawat ke tapak, beliau yang telah disambut oleh Timbalan Rektor UIAM, Prof. Dr. Ahmad Faris Ismail bersama barisan pengurusan CFS UIAM yang lain telah menerima taklimat kronologi berkaitan isu terbabit.

KSU KPT yang juga merupakan pakar alam sekitar dan konservasi air turut mencadangkan beberapa solusi bagi mengelakkan masalah tersebut berulang.

Kampus yang menempatkan sejumlah 4,000 orang pelajar program asasi UIAM tersebut telah beroperasi sejak tahun 2016.

Hadir sama para pegawai dari Bahagian Pembangunan KPT dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 827
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 30 Oktober 2024, 10:30:11.

logo-sirim