KSU Turun Padang Lawat Projek Pembangunan Umt Kampus Bukit Kor

KSU Turun Padang Lawat Projek Pembangunan Umt Kampus Bukit Kor

YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT telah mengadakan lawatan kerja bagi melihat sendiri status terkini projek pembangunan Kompleks Pusat Pendidikan dan Pembangunan Insaniah, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Kampus Bukit Mor, disini.
Ketika di tapak projek, Dato' Sri KSU telah dibawa melawat di kemudahan-kemudahan yang masih dalam proses pembinaan seperti dewan kuliah dan pejabat operasi.
Usai lawatan, beliau diberi taklimat berkenaan status terkini kemajuan projek oleh wakil-wakil daripada UMT dan Jabatan Kerja Raya (JKR).
Turut hadir YBrs. Dr. Mohd Zabri Yusoff, TKSU (Pengurusan dan Pembangunan), YBrs. Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMT, Pn. Azlinda Azman, SUB Bahagian Pembangunan KPT dan Tn Haji Baharudin Ali, Pengurus Besar Projek, JKR Terengganu.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2999
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Selasa 16 April 2024, 08:56:15.