Kunjung Hormat ke Kementerian Pendidikan Romania

Kunjung Hormat ke Kementerian Pendidikan Romania

Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi hari ini mengadakan kunjungan hormat kepada Mr Florian Lixandru, Timbalan Menteri Pendidikan Romania di pejabatnya, di sini.

Pada pertemuan tersebut, mereka berkongsi perkembangan pendidikan dalam era pandemik COVID-19 dan bertukar-tukar pandangan bagi mempertingkatkan kualiti pendidikan dan kemahiran di kedua-dua buah negara.

Turut hadir TKSU (Pengurusan dan Pembangunan), KPPT dan Naib Canselor UniMAP.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2741
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Selasa 23 April 2024, 10:59:17.