Kunjungan Hormat dari delegasi Universiti Malaysia Sabah (UMS)

YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT telah meluangkan masa untuk menerima kunjungan hormat dari delegasi Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang diketuai oleh YBhg. Prof. Datuk ChM.Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin, Naib Canselor UMS di pejabatnya petang tadi.

Turut bersama dalam pertemuan tersebut ialah Dr. Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT serta ahli-ahli delegasi dari UMS iaitu Encik Badrul Hisham Ismail, Bendahari UMS dan Prof. Dr. Mohamad Ibrahim Mohamad, Pengarah, Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan UMS.

Dalam pertemuan ringkas tersebut, YBhg. Dato' Seri Abdul Razak telah menerima taklimat ringkas berkenaan pelbagai perkara melibatkan pentadbiran, pembangunan dan hal ehwal pelajar UMS dari YBhg. Prof. Datuk Dr. Taufiq.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 4895
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 29 Mac 2024, 08:50:00.