Kunjungan hormat daripada Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

YBhg. Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi telah menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Leftenan Jeneral Dato’ Hasagaya Abdullah, Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di pejabatnya hari ini. Antara perkara yang dibincangkan semasa sesi ini ialah hala tuju UPNM bersama pihak KPT. Turut hadir sama ialah YBhg. Datuk Rosli Yaakub, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan, Kementerian Pengajian Tinggi dan YBhg. Dato’ Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 7380
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 24 April 2024, 16:08:46.