Kunjungan Hormat Duta Besar Bahrain Dan Duta Besar Mesir Ke Malaysia Ke Atas Menteri Pendidikan Tinggi

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir pada pagi ini telah menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Bahrain ke Malaysia, TYT Dr. Waleed Khalifa AlManea dan Duta Besar Mesir ke Malaysia, TYT Ragai Tawfik Said Nasr.
Antara topik yang dibincangkan semasa kunjungan hormat ini adalah usaha bagi memuktamadkan Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua buah negara dan peluang kerjasama yang boleh diterokai dalam sektor pendidikan tinggi, terutamanya yang melibatkan penyelidikan dan mobiliti pelajar serta para akademia.
Kunjungan hormat ini turut disertai oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), YBhg. Dato’ Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian; Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBhg. Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman; serta Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa, KPT, YBhg. Datin Noorazah Omar.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 160