Kunjungan Hormat ke atas Menteri Pendidikan dan Pengajian Tinggi Qatar

Kunjungan Hormat ke atas Menteri Pendidikan dan Pengajian Tinggi Qatar

Delegasi KPT seterusnya mengadakan kunjungan hormat ke atas H.E. Ms. Buthaina Bint Ali Al Jabr Al-Nuaimi, Menteri Pendidikan dan Pengajian Tinggi Qatar, di sini.

Dalam pertemuan tersebut, mereka telah membincangkan usaha mengukuhkan hubungan antara Malaysia dan Qatar terutamanya dalam sektor pendidikan tinggi.

Selain itu, YB Menteri turut mencadangkan bidang-bidang kerjasama seperti program mobiliti pelajar, program perantisan, dan program pemindahan kemahiran dan teknologi melalui perkongsian kepakaran.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 3328
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 25 April 2024, 18:19:27.