Kunjungan Hormat KSU KPT Kepada KSN

Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Datuk Dr. Anesee bin Ibrahim telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN), YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar pada petang tadi.
Antara intipati yang dibincangkan dalam pertemuan ini adalah mengenai Pelan Pendidikan Tinggi Malaysia (PPTM) 2025-2035 yang akan diluncurkan pada Mei 2025 serta pemantapan tatakelola keseluruhan KPT terutamanya dalam pengurusan kontrak di Jabatan/ Agensi/ IPT di bawah KPT.
Selain itu, turut dibincangkan mengenai pembangunan kerangka Sistem Penilaian Prestasi Demerit (DEEP) kepada Naib Canselor di Universiti Awam ke arah pemantapan pengurusan projek-projek pembangunan.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 106