Kunjungan hormat Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) membincangkan hala tuju UMS

YBhg. Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi telah menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Prof. Datuk ChM Dr. Taufik Yap Yun Hin, Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) di pejabatnya hari ini. Antara perkara yang dibincangkan semasa sesi ini ialah hala tuju UMS bersama pihak KPT. Turut hadir sama ialah YBhg. Datuk Rosli Yaakub, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), Kementerian Pengajian Tinggi dan YBhg. Dr. Mohd. Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pengajian Tinggi.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5463
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 24 April 2024, 16:08:46.