Kunjungan Hormat Yayasan Terengganu Kepada Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian telah menerima kunjungan hormat daripada Yayasan Terengganu yang diketuai oleh YB Dato' Haji Mohd Azmi Mohamad Daham dan delegasinya pada pagi ini.
Yayasan Terengganu telah diberi tanggungjawab oleh Kerajaan Negeri Terengganu untuk menaja dan mengurus pelajar-pelajar bagi melanjutkan pengajian ke Timur Tengah khususnya di Mesir dan Jordan. Selain itu, Yayasan Terengganu juga telah merintis peluang pengajian di Algeria sebagai alternatif pengajian di Timur Tengah.
Sehubungan itu, pertemuan ini diadakan bagi membincangkan dengan lebih lanjut dan mendapatkan pandangan KPT mengenai aspek kerjasama yang boleh dilaksanakan bersama Yayasan Terengganu bagi memastikan kesinambungan penghantaran pelajar Malaysia ke Algeria berjalan dengan lebih lancar.
Turut hadir di pihak KPT adalah wakil daripada Bahagian Hubungan Antarabangsa, Bahagian Biasiswa dan Jabatan Pendidikan Tinggi.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 197