Larian Jubli Perak Labuh Tirai Sambutan Ulang Tahun Ke-25 PTPTN

Larian Jubli Perak Labuh Tirai Sambutan Ulang Tahun Ke-25 PTPTN

Anjung Floria Putrajaya meriah pagi ini apabila seramai 2,500 orang peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat telah menyertai program Larian Jubli Perak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diadakan sebagai simbolik penutup sambutan ulang tahun ke-25 mereka.

YB Dato' Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi dan isteri telah menyempurnakan sesi flag off pelepasan para peserta bersama YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT dan YBrs. Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN.

Berucap merasmikan majlis, beliau berkata program larian santai sejauh 5 KM itu mampu menyumbang kepada pembentukan komuniti yang cergas, cerdas dan ceria.

Tambah beliau, aktiviti seperti ini bukan sahaja dapat mempromosikan produk dan perkhidmatan PTPTN kepada rakyat malah turut dapat menyemai gaya hidup sihat serta meningkatkan produktiviti modal insan negara.

YB Timbalan Menteri bersama dif-dif kehormat telah turut sama menyertai larian sebelum menyempurnakan sesi cabutan hadiah kepada 10 peserta yang bertuah.

Para pengunjung yang hadir turut berpeluang mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk dan perkhidmatan PTPTN sambil menyertai pelbagai aktiviti lain seperti sukaneka, pemeriksaan kesihatan, dan kendera saji.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1827
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 18 April 2024, 14:41:25.