Lawatan Ke Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Hari ini YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah mengadakan lawatan ke Hospital Pakar Kanak-kanak (HPKK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). HPKK merupakan Hospital Pakar Kanak-kanak yang pertama di Malaysia dan dijangka beroperasi pada Februari 2021. Ketika di sana, beliau telah diberikan penerangan berkenaan pengurusan hospital tersebut serta kemudahan-kemudahan yang bakal ditawarkan kelak. Beliau juga dibawa melawat ke wad, dewan bedah digital serta melihat kemudahan MRI yang canggih. HPKK juga mempunyai Pusat Perkembangan Kanak-Kanak yang merupakan perintis dalam rawatan kanak-kanak berkeperluan khas di Malaysia yang menggunakan pendekatan multi disiplinari untuk menilai dan merawat pesakit. Penubuhan HPKK bertepatan dengan hasrat KPT yang mahu melihat fungsi dan peranan universiti bukan sahaja mencapai kecemerlangan akademik, malah secara langsung menyumbang kepada masyarakat. Turut hadir Datuk Seri Dr Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha KPT, Dr Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, Datuk Rosli Yaakub, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi dan Prof. Dr. Syed Zulkifli Syed Zakaria, Pengarah Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM.

WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.04
WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.06
WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.06 1
WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.06 1
WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.06 1
WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.06 1
WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.06 1
WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.06 1
WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.06 1
WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.06 1
WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.06 1
  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 10711
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 24 April 2024, 16:08:46.