Lawatan Kerja Ke Gheorghe Asachi Technical University

Lawatan Kerja Ke Gheorghe Asachi Technical University

YB Menteri mengakhiri lawatan kerja ke Romania dengan mengunjungi Gheorghe Asachi Technical University (TUIASI) di sini.

TUIASI mempunyai tradisi pendidikan kejuruteraan tertua di Romania. Sejak penubuhannya, TUIASI telah memberi keutamaan kepada penyelidikan, inovasi, pengajaran dan pengantarabangsaan.

Justeru, lawatan kali ini YB Menteri turut menyaksikan majlis pemeteraian MoU antara Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan TUIASI.

MoU ini akan memberi tumpuan kepada bahan kitar semula dan penggunaan semula produk untuk menangani isu kemampanan alam sekitar seperti pengeluaran sisa, pencemaran alam sekitar dan perubahan iklim.

Turut hadir TYT Tengku Dato’ Sirajuzzaman Tengku Mohamed Ariffin, Duta Malaysia ke Romania, TKSU (Pengurusan dan Pembangunan), KPPT dan Naib Canselor UniMAP.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2571
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 April 2024, 16:56:01.