Lawatan Kerja ke Kolej Komuniti Hulu Langat serta Penyampaian Sijil Ikon Usahawan dan Perasmian Sudut Kitar Semula EKSA

YB Dato’ Mansor Haji Othman, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi telah menyampaikan Sijil Ikon Usahawan dan merasmikan Sudut Kitar Semula EKSA sempena lawatan kerja ke Kolej Komuniti Hulu Langat hari ini.

Turut diadakan sesi Penyerahan Mesin Sanitasi dari Persatuan Peniaga Usahawan Melayu Selangor (PPMUS) kepada Kolej Komuniti Hulu Langat dan pengedaran Kit Asas Perlindungan Covid-19 kepada pelajar Kolej Komuniti.

Selesai majlis tersebut, YB Timbalan Menteri dibawa melawat Wall Of Fame, ke pameran Ikon Usahawan, Bengkel Masakan oleh Madrasah Tahfiz Saidina Ali Lil Banat, selain lawatan ke Inkubator Usahawan Kolej Komuniti Hulu Langat.

Turut hadir ialah YBrs. Ts. Zainab binti Ahmad , Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, YBrs. En. Zaidi bin Zakaria, Pengarah Kolej Komuniti Hulu Langat, wakil Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Persatuan Peniaga Usahawan Melayu Selangor (PPUMS).

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5826
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 April 2024, 16:56:01.