Lawatan Kerja Ke Tapak Pembinaan Asrama Politeknik Tun Syed Nasir (PTSN)

YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi meneruskan lawatan kerja beliau hari ini ke Tapak Pembinaan Asrama Politeknik Tun Syed Nasir (PTSN) di Hab Pendidikan Tinggi Pagoh, Johor.
Semasa di sana, beliau diberi penerangan berkenaan projek pembinaan asrama yang bakal memberi manfaat kepada pelajar-pelajar PTSN.
Turut diberi penerangan adalah berkenaan pembinaan jejantas yang merentasi Jalan Panchor yang menghubungkan blok penginapan pelajar dengan blok kuliah institusi pendidikan tinggi di sana.
Turut hadir Datuk Seri Dr Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha KPT, Dr Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, Datuk Rosli Yaakub, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT dan Ts Hj Muhamad Rumzi Mamat, Pengarah Bahagian Perancangan Program dan Institusi, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dan Tan Sri Dato Sri Esa Mohamed, Ketua Eksekutif Tunas Selatan Construction Sdn Bhd.

130254762 3435837653181876 1968359703923035358 n
  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 6685
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 April 2024, 16:56:01.