Lawatan Kerja ke Universiti Sains Malaysia (USM)

Hari ini YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah melakukan lawatan kerja ke Universiti Sains Malaysia (USM).

Beliau telah disambut oleh YBhg. Dato’ Dr. Awang Adek Hussin, Pengerusi Lembaga Gabenor (LGU) USM di Ruang Legar Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP) sebelum diberikan taklimat oleh YBrs. Profesor Dr.Faisal Rafiq Mahamd Adikan, FASc, Naib Canselor USM mengenai perkembangan terkini universiti tersebut terutamanya perkongsian pengalaman mereka dalam menangani pandemik COVID-19.

YB Menteri kemudiannya dibawa melawat The Bricks di Bangunan Siswaniaga@USM yang berfungsi sebagai 'learning space", 'lounge', ruang riadah, ruang pameran dan ruang perniagaan kepada para pelajar.

Lawatan tersebut kemudian disusuli dengan tinjauan ke Hostel Premium di Desasiswa Harapan yang dibangunkan dengan menggunakan konsep penginapan yang lebih santai dan moden untuk membolehkan pelajar tinggal di dalam kampus dengan keadaan yang lebih selesa.

Beliau turut mengadakan perjumpaan bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi membincangkan aktiviti dan program, kebajikan pelajar dan tanggungjawab MPP dalam menjaga dan memperjuangkan kebajikan para siswa.

Turut hadir Datuk Seri Dr Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha KPT, Datuk Rosli Yaakub, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) dan Prof. Dato. Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 9024
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 24 April 2024, 16:08:46.